Taktik Terdesak Umno

KUALA BESUT, 23 Julai - Hanya tinggal tidak kurang 24 jam daripada tempoh mengundi, Umno sudah menunjukkan bahawa mereka sedang dalam keadaan terdesak.

Bercakap di sesi sidang media pagi ini, Yang DiPertua PAS Kuala Besut, Ustaz Wan Azhar menyifatkan perkara sedemikian lantaran SMS yang melibatkan dirinya. SMS tersebut mengakibatkan sekitar 15 orang warga emas berkumpul di pekarangan rumahnya ekoran menerima untuk menerima wang zakat daripadanya.

Mereka mendapat SMS yang disebarkan berbunyi, "ADIK KAKOK PENGUNDI UPU KG BARU YG NAK UNDI ATAU DOA UTK CHE LONG DIMINTA MARI RUMAH CHE LONG MALAM NI. CHE LONG NAK BERI ZAKAT SEMPENA RAMADHAN DAN RAYA - WAN AZHAR."

"SMS tertera nama saya tersebut telah tersebar luas. Apabila semakan dibuat, saya dapati memang sah nombor yang digunakan tersebut adalah nombor saya dan ia telah diklonkan. Mesej tersebut telah disebarkan dalam jumlah yang banyak sehingga saya menerima lebih kurang 50 panggilan balas daripada nombor-nombor yang tidak dikenali."

Menurut beliau, taktik ini bertujuan untuk menimbulkan provokasi dan kemarahan masyarakat terhadap calon dan pimpinan PAS yang bergerak aktif. Namun, apa yang berlaku, warga emas yang datang ke rumahnya merasa ralat dengan perkara tersebut. Ini menimbulkan kemarahan mereka terhadap Umno dan diharapkan mereka mengundi calon PAS pada esok hari.

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kuala Besut pada jam 3.52 pagi tadi melalui Koperal Mazlan Abdul Rahman. Laporan tersebut juga telah dipanjangkan kepada IPD Kota Putera.

Beliau juga telah melakukan tindakan susulan dengan meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Media (SKM) menyiasat siapa yang telah bertanggunjawab mengklon nombor telefonnya.