Rasional Dalam Memilih

 

KUALA BESUT, 24 Julai - "Sepanjang tempoh berkempen, kami melihat penduduk Kuala Besut positif untuk keluar mengundi" kata Pn. Hajah Safinah Jusoh, Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu (DMPNT) ketika dihubungi oleh wakil Team IT pagi semalam. Beliau melihat penduduk Kuala Besut mempunyai kesedaran tentang kepentingan keluar mengundi.

Ditanya mengenai harapan beliau terhadap PRK yang akan berlangsung hari ini, Puan Safinah mengajak semua pihak berdoa bagi memastikan kelancaran proses pengundian. "Kami berharap pengundi akan berani membuat perubahan kerana segala keputusan terletak di tangan mereka," kata beliau.

"Kami tidak meminta mereka untuk masuk PAS, apa yang kami minta adalah mereka sama-sama memangkah PAS sekaligus memberi peluang kepada PAS untuk menolong mereka."

Selain itu, beliau menyatakan rakyat Kuala Besut sangat memerlukan perubahan kerana mereka sebenarnya sedar tentang kemiskinan dan kesusahan hidup mereka, empangan pecah, padi yang tak membangun dan banyak lagi perkara yang tak berubah semenjak Umno memegang Kuala Besut.

Cikgu Safinah turut berharap agar penduduk Kuala Besut bertindak rasional dalam memilih pada kali ini serta mengundi calon PAS.