Che Long selesai buang undi di SK Kampung Baharu

KUALA BESUT, 14 Julai : Calon PAS N.01 Kuala Besut [email protected] Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Che Long tiba di tempat membuang undi seawal jam 7.45 pagi tadi dan selesai membuang undi pada jam 8.05 pagi di SK Kampung Baharu.

Menurut Pengurus Kempen PRK Kuala Besut Hanapiah Mat berkata, sebaik Che Long membuang undi beliau akan hadir di setiap unit peti undi iaitu lapan peti yang berakhir di unit peti undi Bukit Puteri.

Lapan peti undi itu termasuklah, Tok Saboh, Bukit Puteri, kampung Baharu, Pulau Perhentian, Kampung Nangka, Kampung Nail, Seberang Barat dan Sebarang Barat Luar.

Pusat membuang undi telah di buka kepada orang ramai pada jam 8.00 pagi. Cuaca pada pagi ini dalam keadaan baik dan orang ramai sudah mula keluar mengundi untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

"Kita mengharapkan keajaiban yang ada pada Che Long, sama ada orang tua atau muda ambil kesempatan undi Che Long,"kata Pengurus Kempen Calon PAS tersebut semalam.