Pengundi Kuala Besut tunaikan tanggungjawab hari ini

KUALA BESUT, 24 Julai – Rakyat Kuala Besut mula keluar mengundi untuk menunaikan tanggungjawab bagi Pilihan Raya Kuala Besut (PRK N01) seawal jam 8 pagi tadi. Semua pusat pengundian beroperasi pada pukul 8pagi sehingga 5petang kecuali SK Pulau Perhentian yang akan di tutup pada pukul 3 petang.

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut hari ini menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Hj Azlan Yusuf daripada PAS dan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Seramai 16 534 pengundi berdaftar berhak mengundi hari ini dan 55% daripadanya adalah pengundi muda. SPR menjangkakan peratusan yang keluar mengundi pada hari ini adalah 75%.

Sabtu lalu, seramai 1148 orang pengundi yang terdiri daripada pegawai tentera,isteri dan polis telah mengundi awal di Kem Tentera Udara Gong Kedak. Peratusan yang keluar mengundi pada hari itu adalah 80%.