Hanya Doa dan Berserah - Che Long

KUALA BESUT, 24 Julai : Calon PAS PRK Kuala Besut iaitu [email protected] Azlan Yusof hari ini telah selesai membuang undi di SK Kampung Baharu. Beliau yang mengundi di saluran 2 itu mengakui gementar kerana pada kali ini beliau mengundi sebagai seorang calon.

"Syukur saya sudah pun menunaikan tanggungjawab saya sebagai pengundi, memang sedikit gementar kerana sebelum ini saya mengundi sebagai orang biasa tapi kali ini tidak kerana saya mengundi sebagai calon," jelasnya.

Menurutnya, beliau amat berpuashati dengan respon yang diberikan oleh penduduk di Dun Kuala Besut sepanjang kempen berlangsung.

"Saya telah berusaha sebaik yang mungkin untuk bertemu seramai mungkin pengundi dan selebihnya saya berserah kepada Allah.

"Saya yakin melihat kepada sambutan PAS mempunyai peluang yang besar untuk memenangi kerusi Dun Kuala Besut, walau bagaimana mana sekali pun kita kena berserah kepada Allah," sambung beliau lagi.

Isteri beliau, Che Zabiyah Muhammad juga mengundi di tempat yang sama.

Melihat suasana di tempat mengundi, dilihat orang ramai mengambil peluang membuang undi pada waktu pagi bagi mengelakkan cuaca panas di sebelah petang. Jumlah mengundi juga menggalakkan bagi semua saluran.

Penyokong kedua-dua pihak juga menunjukkan keharmonian dalam meraih undi walupun hanya bersebelahan.