"Pilih Che Long" Terus Dilaung

KUALA BESUT, 24 Julai : PRK Kuala Besut sememangnya dinantikan oleh penduduk Kuala Besut dalam membuat pemilihan wakil di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sebanyak 8 pusat pengundia telah dibuka sejak awal pagi ini, menyaksikan ramai pengundi telah menunaikan tanggungjawap mereka, Pusat pengundian tersebut adalah Pulau Perhentian, Seberang Barat, Kampung Nail, Seberang Barat Luar, Tok Saboh, Kampung Nangka, Kampung Baru dan Bukit Puteri.

Melalui tinjauan sejak pagi tadi, suasana rata-ratanya aman walaupun ada sedikit tegang dengan ragam para peraih undi kedua-dua pihak.

Laungan 'Pilih Che Long', 'Undi Bulan (PAS) serta takbir sentiasa kedengaran dari penyokong PAS sebagai merayu undi dari penduduk setempat.

Endot @ Azlan Yusof yang lebih dikenali sebagai Che Long yang berkunjung ke Pusat Pengundian Tok Saboh di Sekolah Kebangsaan Alor Peroi berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya setakat ini.

Beliau mengharapkan penduduk mengambil peluang untuk keluar mengundi lebih awal bagi mengelakkan dari cuaca yang panas serta hujan pada sebelah petang.

"Saya berpuas hati dengan sambutan penduduk yang keluar mengundi setakat ini, kebanyakan mereka mengambil peluang untuk keluar awal, maklumlah bulan Ramadhan.

"Kepada yang belum mengundi tu harap boleh keluar awal sebab kita tidak tahu petang ini hujan atau tidak, apa yang pasti tunaikan tanggungjawab kita sebagai pengundi," katanya.

Beliau menjelaskan telah melawati pusat mengundi dan akan meneruskan pusat pengundian terakhir di Bukit Puteri.

Setakat jam 11 pagi, seramai 7,356 orang (44.49 peratus) sudah keluar mengundi. Jika dicampur undi awal, jumlah keseluruhannya 8,268 (46.76 peratus).

Jumlah pengundi berdaftar bagi PRK Dun Kuala Besut ini adalah seramai 17,713 orang.