Bendera lambang maruah parti

 

KUALA BESUT, 24 Julai : Bendera, poster atau sepanduk berlambangkan parti biasanya mepada zaman silam, bendera atau panji akan diamanahkan kepada insan sahabat yang paling berintegriti dan amanah. Andai panji itu terjatuh atau dirampas musuh, ia menandakan pihak islam mengalami kekalahan dalam peperangan tersebut.

Sebagaimana ketika menjalani pilihanraya umum dan pilihanraya kecil yang lain, PRK kali ini menyaksikan peperangan bendera berlaku di antara kedua parti yang bertanding. PAS mahupun UMNO sedaya upaya memenuhkan hampir setiap kawasan dengan bendera masing-masing. Tiang lampu, pokok, pancang kayu dan apa sahaja cara dilakukan supaya bendera dapat dibiarkan berkibar megah. Ahli-ahli parti berbangga mengibarkan bendera di kenderaan masing-masing. Kecil atau besar saiz bukan menjadi persoalan. Apa yang penting, mereka dapat menzahirkan sokongan kepada parti yang disayangi.

Namun begitu, dalam kemeriahan berpesta bendera, adakalanya berlaku perkara yang tidak diingini. Tali pengikat mungkin terlerai. Bendera yang dipasang, ditiup angin. Seribu satu macam perkara boleh berlaku sehingga menyebabkan bendera yang sepatutnya menghiasi ruang langit, terjatuh menyembah tanah. Tambah menyedihkan apabila ia terbiar bersepah dilanggar kenderaan dan dipijak haiwan ternakan.

Meskipun bendera itu mungkin hanya sehelai kain bercorak, namun ia masih signifikan sebagai lambang dan maruah parti. Tinggi cita-cita memenangi pilihanraya tidak akan kelihatan andai dibiarkan bendera yang menjadi simbol itu diselaputi tanah dan lusuh begitu sahaja.