16:16 Menjadi Sebutan

 

KUALA BESUT, 24 Julai : Sepanjang pemerhatian di PRK Kuala Besut, pengundi yang keluar mengundi dilihat memberi respon positif kepada calon PAS, Che Long.

16:16 Terengganu' yang menjadi tema kempen PAS mulai kedengaran disebut-sebut. Pengurus Kempen PRK Kuala Besut, Hanafiah Mat berkata bahawa keseluruhan unit peti undi yang dilawati Che Long memberi sambutan yang baik.

Ujar Hanafiah, "Walaupun pengundi-pengundi hadir mendaftar di pondok BN, namun 16:16 itu meniti di bibir mereka. Isyarat dan gerak mulut ternyata mereka undi PAS."

16:16 digunakan sebagai kempen utama PAS dalam PRK Kuala Besut. Sekiranya PAS menang dalam pilihanraya kecil ini, kedudukan kerusi DUN di Terengganu akan menjadi seimbang. 16 PAS dan 16 UMNO.

Menurut Hanafiah lagi, terdapat dua kategori pengundi dalam PRK kali ini iaitu pengundi politik yang menyokong PAS dan pengundi calon di kalangan penyokong UMNO dan atas pagar.

Tambahnya, Che Long akan menunggu keputusan penjumlahan undi di Markas Besar PAS PRK Kuala Besut petang ini. Che Long dijangka akan solat Zohor di unit peti undi Bukit Puteri dan berehat seketika sebelum memulakan pusingan kedua di ketujuh-tujuh peti undi.

Setakat jam 2.00 petang, seramai 11,072 orang (67.79 peratus) telah keluar mengundi. SPR mensasarkan lebih 75 peratus yang akan keluar mengundi sehingga jam 5.00 petang nanti.