Pilihanraya Hari Bekerja, Sukarkan Pengundi

 

KUALA BESUT, 24 Julai - YB Dr. Siti Mariah Mahmud ketika ditanya mengenai pengundi luar yang keluar mengundi,beliau menyatakan yang pihaknya tidak mendapat maklumat yang sahih berhubung jumlah yang balik mengundi. Walaubagaimanapun beliau menjangkakan pasti ada pengundi yang tidak dapat keluar mengundi kerana pilihanraya yang dijalankan pada hari bekerja.

Menurut Ahli Parlimen Kota Raja itu lagi, "Pihak kita masih berusaha menelefon mereka walaupun ramai yang membalas tidak dapat cuti dan tak boleh balik."

Pilihanraya kecil Kuala Besut ini menyaksikan hari penamaan dibuat pada hari Jumaat dan hari pembuangan undi pula diputuskan pada Hari Rabu.

Pilihanraya ini diadakan setelah penyandangnya Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia. Dalam pilihanraya umum ke -13 yang lalu, Dr. A. Rahman Mokhtar telah ditentang oleh Napsiah Ismail dari PAS dan menang dengan majoriti 2,434.