'Silent vote' memihak pada Che Long

 

KUALA BESUT, 24 Julai- "Kita ada harapan untuk menang,saya melihat penduduk kebanyakannya menjadi 'silent voters' untuk Che Long," kata YB Rohani Ibrahim, sewaktu ditemui [email protected] I.T pagi tadi di Pusat Pengundian SK Kampung Baru.

Menurutnya lagi, PAS telah membawa ramai petugas dari luar kawasan Kuala Besut untuk memberi pencerahan kepada para pengundi. "Mereka terlalu tertutup dan tidak tahu perkembangan yang berlaku. Dalam fikiran mereka hanya melihat Barisan Nasional yang dapat memerintah"

ADUN Tanjong Mas itu juga berpendapat bahawa pilihanraya kecil ini adalah hikmah yang ALLAH berikan kepada penduduk Kuala Besut bagi memahami perkara sebenar yang berlaku. PAS berpeluang turun padang menyampaikan mesej perjuangan PAS pada mereka.

Sebelum mengakhiri perbualan, YB Rohani optimis berkata,"Hakikatnya kita telah menang kerana berjaya menanam benih kesedaran di kalangan penduduk di sini. InsyaAllah ia akan menjadi panduan untuk mereka hingga ke akhirat."