Sokong Parti Islam hingga hari akhirat

 

KUALA BESUT, 24 Julai - Di sebalik kemeriahan pilihan raya N 01 Kuala Besut, kami sempat menemubual beberapa orang penduduk bagi mengetahui respon mereka terhadap pilihan raya kali ini.Berbagai gelagat yang dapat kami lihat sepanjang proses pembuangan undi di Kg Bukit Puteri pagi tadi.

Puan Mahsoh dari Kg Alor Perai mengatakan beliau bersama PAS kerana ingin menyokong Parti Islam hingga ke akhirat.

'Saya suka calon PAS,Che Long kerana beliau adalah seorang yang baik,ramai kawan,mudah basso dan kaya'kat Puan Mahsoh.

Selain itu,Puan Fatimah Haron dari kampong yang sama pula menceritakan pada kami situasi tempat pengundian pagi tadi.'Situasinyai tenang dan terkawal walaupun awalnya ada sedikit kekecohan'terang beliau.

Seorang lagi penduduk yang kami temui,Puan Maria berkata mereka sememangnya menginginkan perubahan kerana UMNO sangat zalim sebelum ini.